Wednesday, January 23, 2013

Marhaba Ya Rasulullah



kesenangan tak pernah kenal erti kesusahan
apalah erti ilmu tanpa amal
apalah erti aman tanpa iman
keimanan untuk beringat tentang kesenangan

1434 Hijrah
12 Rabiulawal
Rasulullah S.A.W coretan sirah
Itulah Maulidur Rasul

tak perlu harta benda
tak perlu wang ringgit
cukup selawat
sebagai cenderamata

Al-amin nama yang terpuji
contohi sifat seperti nabi
berpada pada dengan duniawi
beringat ingat dengan ukhrawi 
Allahurabbi

( اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ )


Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434 Hijrah


by AI



Monday, January 21, 2013

coffee de' love


Coffee de' love

scene 1

Situasi 1 : coffee house di pinggir jalan ( Aisyah Nur Iman ) , petang
Habisnya sujud terakhir waktu asar yang redup, Iman seperti biasa menghabiskan petangnya di sebuah coffee house di pinggir jalan, berbekal sebuah novel  dia duduk di satu sudut meja. Agak jauh sedikit dari orang lain. Kedengaran bunyi lagu ( Imagine by John Lennon ), memecahkan kesunyian di setiap sudut coffee house tersebut.

Iman
( senyum )
One Espresso please, with a cream and less sugar

Waiter
( senyum )
Sure, a minute okay.  Here you’re coffee. Its 3 bucks thank you and have nice day

Iman
(senyum )
Thank you.


Iman seorang kaki novel, tapi bukan semua novel dapat menambat hatinya, dia lebih sukakan hasil tulisan yang berbentuk cozy dan abstrak. Pernah dia menghabiskan sebuah novel sekuntum bunga sekeping kad karya ahadiat akashah. Iman menghidu Espresso yang masih panas itu, baginya sebelum minum elok nikmati aromanya terlebih dahulu. Lagaknya bagaikan orang yang ketagih dadah. Lebih dekat lagi coffee addict.
Pelayan di coffee house itu sememangnya sudah biasa menerima Iman sebagai regular customer, belum Iman order pastinya mereka tahu coffee kegemaran Iman.

Bunyi suara Paul McCartney the beatles ( Yesterday ) sepertinya memahami hujan renyai-renyai di luar coffee house, Iman khusyuk membaca novel dan sebelah tangannya pula memegang secawan espresso.

Yesterday, all my troubles seemed so far away,
Now it looks as though they're here to stay,
Oh, I believe in yesterday,

I believe in yesterday. ( di kaki helaian novel ).

to be continued

Sunday, January 13, 2013

Surat Cinta Terakhir


Suatu Hari Di Sudut Jendela
Aku Merenung Mentari Pagi
Ia Muncul Di Ufuk Timur Seperti Biasanya
Kehangatannya Menyenangkan Hati

Sang bunga dan dedaun di dahan
hidup kerana adanya cahaya
tanpanya kita akan mati dalam kegelapan
kerana panca membataskan indera

Tuhan

Gembira bertemumu nanti bukan kepalang
Sedih meninggalkan mereka itu yang ku kenang
Masa sudah semakin suntuk
Dan belum tentu masih ada esok

Membayangkan kepergian ini sudah cukup sedih
Inikan pula bila ia sememangnya realiti
Realiti bahawa kita tak mampu menongkat bumi
Ada masa kita akan jatuh

Jangan di buang masa begitu sia sia
Sebaliknya hargai dengan sebaiknya
Mimpi perlu berusaha mengejar impian
Takkan di biarkan karam di lautan

Sejak kebelakangan ini
Aku banyak menyendiri
Aku banyak berkata dalam hati
Fikiran aku memikirkan itu ini

Hujan renyai renyai di luar jendela
Seketika hangat datangnya 7warna
Rupa-rupanya ada yang menyapa
Mengesat linangan air mata

Sekeping gambar sejuta kata
Mungkin kita akan mati
Tetapi kita sebenarnya tak kemana mana
Kita kekal dalam bingkai

Begitu jugalah rasa cinta
Takkan mati kerana manusia
Kerana Allah kekal ada
Dia matikan kita bukan matikan cinta

Cinta akan sentiasa kekal dalam hati
Kenangan akan tetap terabadi
Walau sudah pergi ianya tetap terindah
Lebih indah dari madah

Aku tersenyum dan tertawa
Masih banyak sisa
Sisa berupa impian
Coretan perjalanan

Terima kasih semua
Maafkan aku semua
Aku akan pergi
Jangan menanti
Setahun di sini
Seribu tahun di sana

Surat ini mungkin yang terakhir
Ku panggil surat cinta
Kerana ada rasa kasih di dalamnya

by AI

Tuesday, December 11, 2012

Komposer Lagu


Boring boring, Inilah yang biasa aku buat. Re-edit lagu, kasi sedap sikit.
Menghitung Hari ( Versi Ketuhanan )
menghitung hari detik demi detik
menunggu itu tak menjemukan
tapi ku sabar menanti jawabMu
jawab cintaMu
mohon Kau beri harapan padaku
seperti ingin  dan tetap ingin
yg aku minta tulus hatiku
bukan pura-pura
reff: jangan pergi dari cintaku
kekal saja dalam jiwaku
biar aku tenang selalu
dengan rahmatMu ya Allah
mohon Kau beri harapan padaku
seperti ingin  dan tetap ingin
yg aku minta tulus hatiku
bukan pura-pura
repeat reff
belum pernah aku jatuh cinta
sebesar ini seperti padaMu
Ya Allah ampunkan aku
bila masih tak bisa sempurna
Original Menghitung Hari by Anda
Recomposed by AI

Saturday, December 8, 2012

Hikayat Sebuah Cinta II

 Al-Kisah* ...

 Cinta bukanlah mencintai semata mata.
Ianya juga apabila kita di cintai
Walaupun kita tak suka orang tu
Tapi sekurang kurangnya dia sentiasa
buat kita rasa gembira. tak pernah buat kita sedih
Bak kata, semuanya dia buat untuk kita, well. itulah cinta sebenarnya

 Dia yang sentiasa ada untuk kita, saat kita menangis. senang dan susah
Dia tetap ada untuk kita. Orang sebegitu lah yang kita nak dalam hidup kita
Itu baru orang panggil teman dan sahabat.

 Biasanya, kita takkan jumpa orang yang 100% sempurna, sebab sebenarnya, takda siapa
yang sempurna dalam dunia ni, melainkan Allah. dan kalau ada yang kita rasa sempurna pada dia, sebenarnya masih ada kekurangan di sisi sempurna itu. Renungkan.

 Susah kan untuk kita suka, orang yang suka kita
Tapi tak susah untuk kita biar dia buat kita bahagia. gembira sepanjang hidup kita

 Orang yang boleh menerima kekurangan orang lain, tak pandang pada kesempurnaan kita.
tak peduli kan kelemahan kita orang sebegitulah yang terbaik buat kita sebenarnya.Di bandingkan dengan
couple kita sekarang yang buat kita sentiasa sedih, sakit hati dan sebagainya.Boleh pula downkan kita.
Orang macam tu tak boleh buat kawan pun.

 Hakikat sebenarnya, kita tak nak kekasih semata mata, kita nak kawan, teman dan sahabat. baru itu di panggil kekasih sejati. Sahabat itu adalah apabila dia mampu menyeka tangisan kita. melindungi kita. dan menjadi pendengar yang baik.

 Tetapi cinta yang paling indah adalah apabila Allah mencintai kita. Kekasih Abadi.

Okaylah. penat nak berblog apa. Salam Cinta dan Kasih Sayang Semua.

Assalammualaikum . Bubyeeee. 

HIKAYAT SEBUAH CINTA I

Assalammualaikum Semua,
Salam Sayang, Terima Kasih datang ke Blog ecah. ehem ehem.
Lama tak Berblog. Dapat Inspirasi.

Suatu Ketika,

 Pernah dulu aku terfikir, yang cinta adalah apabila kita mencintai orang lain,
tetapi sebenarnya cinta juga adalah apabila orang lain mencintai kita
Ia sebenarnya perasan yang lebih dari indah.

 Semua orang mungkin pernah patah hati, bukan sekali malah berkali kali,
bagi aku, sekali patah hati sudah cukup membuatkan kita rasa fobia untuk bercinta
malah untuk jatuh cinta sekalipun kita jadi kalis*.

 Bukan kita tak sudi nak bercinta, tetapi kita tak bersedia untuk sakit hati, ya Allah,
Hanya Dia Maha Mengetahui rasa sakit apabila kita patah hati. Tetapi sampai bila
kita nak rasa sakit hati kan ? seronok kah macam itu ? tenang kah hati kita ?
tepuk hati tanya iman lah.

 Korang semua tahu tak, tiada perasaan yang lebih membahagiakan dari hidup single macam ni.
HAHA,  taklah, siapa yang tak nak ada orang sayang kan. care* pasal kita, kalau aku pun nak.
macam boys over flower* (drama korea) tu. korang tengok tak ? Opss ! aku bukan nak citer psl drama Korea tu. sebab aku tak minat Kpop.

 But life must go on, macam aku, aku sentiasa fikir positif. ala. tak mati pun kalau break* serius sebenarnya
seronok giler* bila dah break. Aku boleh buat apa aku suka.takda siapa halang, takda siapa suruh.

Tips bila dah kena break, atau pun single ni :

1. fikir yang kita lebih baik dari heartbreaker* tu.
2. Dia bukan untuk kita ( nampak tak ) * yang kita ni ibarat anak raja. haha.
3. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum
4. Apa barang couple break ni. Jom Kahwin lagi Cool.
5. Kebebasan
6. Masa untuk berusaha menjadi yang lebih baik
7. Selama ini kita yang cintakan orang bagai nak gila, apa kata kali ni biar orang tergilakan* kita pula. ehem ehem.

8. Tahu tak yang kita boleh dapat teman, sahabat dan kekasih yang lebih baik dari yang sebelum ni.
9. Cinta tak harus memiliki, tetapi melihat orang lain bahagia juga cinta. biarlah orang lain yang cintakan kita. sebab dia bahagia kerana sayangkan kita. perasaan ni tak boleh di halang, malah di paksa.

10. Bestnya kalau ada sahabat, sahabat teman, sebenarnya mereka orang yang paling sayang kita, silap silap boleh jadi life partner kita one day. mana lah kita nak tahu kan.

ini sebenarnya apa yang aku buat bila aku hidup membujang* mcm ni. ekekeke. aku pasti korang semua ada sendiri ubatnya. mcm aku ni makannya.

Entry Seterusnya. New Post. 

Sunday, November 25, 2012

Illusi


Khayalan itu ibarat mimpi
Mimpi untuk mencapai realiti
Sedangkan Realiti tu tak seindah mimpi
Hidup kena memandang kenyataan
Dimana langit itu terlalu tinggi
Dan bumi itu di bawah kaki kita
Kita hanya merasa apa yang dipijak
Langit kita tak mampu sentuh
Kita memandangnya dari jauh
Di Kejauhan itu tercipta khayalan
Impian itu sesuatu yang indah
Ianya ibarat cita cita
Cita cita itu adalah kenyataan
Maka kejarlah impian itu
Usahalah untuk menjadikannya realiti

by AI