warna pelangi pun tidak sama
semua tujuh tidak serupa
tapi tetap berseri-seri
membuatkan hari ceria
pelangi itu tetap cantik
kerana warna yang berbeza
saling melengkapi
begitu jugalah manusia
hidup kita semua tak sama
kalau sama takkan luar biasa
macam pelangi berwarna warni
barulah menarik dan tertarik
perbezaan membuatkan kita luar biasa
luar biasa dan unik
kelebihan datang dari kekurangan
ianya buat kita saling melengkapi
bersatu hati bersatu jiwa
by Aisya Ibrahim
No comments:
Post a Comment