Sunday, February 9, 2014

#zinepuisikafeinpreorder



#zinepuisikafein, himpunan puisi yang ditulis sesuka hati
moga jadi inspirasi buat para pemimpi

Lai lai lai, RM10 (termasuk postage), sila pm saya jika berminat. 
twitter : @aechaibrahim
instagram : @ratucoffee

sokonglah karya #indie #bebas #alternative , sangat hargai kalau korang share pasal #zine ini.

love, 

@aechaibrahim

Saturday, February 1, 2014

#zineartwork



Bismillah, 
permulaan kepada tahun baru dan febuari ini
Alhamdulillah
#zinepuisikafein
sudah siap, jika berminat untuk beli boleh inform
Harga : RM 10 termasuk postage
sebarang pertanyaan :

twitter.com/aechaibrahim
www.facebook.com/senyawaartistik
instagram : ratucoffee
email : lensabernyawa@gmail.com
atau melalui blog ini

sangat hargai kalau kamu share and spread it.
terima kasih.

Sunday, January 12, 2014

janji mati

aku risau
aku cuak
kalau suatu hari nanti
kau kata jemu
tak lalu
sehingga tak mahu
melihat aku
yang sudah berkedut
keronyok
bagai kertas
buruk
bagai meja tak beralas
nyanyuk
bagai orang gila yang sukar mengerti apa-apa
kerna dahulu
kau pernah berkata
kau cinta aku sehingga hujung nyawa
dan aku pula
perempuan biasa
yang pegang pada janji manusia
manusia bernama lelaki

@aechaibrahim

Thursday, January 2, 2014

#zine pertama


Salam semua. Alhamdulillah. aku kini punya kekuatan untuk bangkit. 
sebenarnya aku dah lama jadi kaki tulis
tapi dulu aku tak nampak benda ini
aku di seru-seru semangat
yang entah datang dari mana
mungkin tuhan berikan aku kudrat
yang berlipat-lipat
untuk aku ceritakan dekat-dekat
pada kamu semua

ini adalah pre- kepada buku @ #zine pertama aku
siapa yang mahu sampah ini
boleh pm aku by email , twitter atau facebook. tumblr ataupun kat sini.
eh suka hati koranglah. aku tak kisah. 
inform then I will post it to you. its free
bila dapat nanti jangan lupa hashtag #GincuMerah .
idea, sokongan, kritikan membina adalah antara doa kalian untuk aku terbitkan #GincuMerah.

InsyaAllah





Salam Sayang
buat layang-layang
semua.

@aechaibrahim

Saturday, July 20, 2013

manusia dan matahari



panasnya suria sehinggakan mata tak mampu di buka 
sehingga diri akur menunduk memandang tanah
tempat asal manusia ciptaan maha kuasa
muhasabah hati bukan bermegah

by AI

Friday, July 19, 2013

Fasa Ramadhan

Setahun dah berlalu
Kini datang lagi
Penuh sinar harapan
Buat yang sentiasa berdoa

Ramai orang puasa dahaga dan lapar
Tapi lupa puasa lidah, mata dan hati
Latihlah diri menjaga mulut
Binasanya santan kerana pulut

Pandanglah yang elok
Bukan pandangan mata tetapi pandangan hati juga
Benar dari mata turun ke hati
Jangan pula sekaligus iman yang turun
Nanti amal jadi sia-sia

Hati yang bersih
Membuahkan jiwa yang waras
Perilaku berupa adab 
Itulah ketertinggian

Bulan menuai pahala
Melebur dosa
Untuk sekalian umat manusia
Moga dalam rahmat yang esa

Salam Ramadhan 1434/2013

by , AI

Monday, February 11, 2013

antara indera dan kebenaran


takkan ku panggil monologue
andai dalaman tidak bersuara
mata cuma memandang
telinga cuma mendengar
yang merasa eloknya cuma hati
jika kau tenang
maka tenanglah kata katamu

terkadang indera mata kabur
dek akal yang penuh pancaroba
ada telinga tapi masih pekak
kerana tidak jelas apa yang di nampak
sedar sebenarnya hati adalah raja
boleh melihat, mendengar dan merasa

lidah yang benar adalah apabila yang di rasa itu benar
jika ku makan gula, maka ku rasa manis
jika ku telan ubat, maka ku rasa pahit
lain cerita dengan telinga
yang halwanya cuma khabar angin
sedang perkhabaran itu cuma propaganda dunia

by AI