Friday, July 20, 2012

Coretan Ramadhan


Alhamdulillah, kita dah mula berpuasa. 1 Ramadhan 1433 Hijriah
Maka berpeluang lah semua hamba Allah yang bergelar Muslim
untuk menanam ibadah dan amal, dan menuai pahala amalan yang berlipat ganda
saat ini penghijrahan adalah suatu keperluan, sudah terlalu lama seruan datang menyapa
seawal alunan azan, begitu lah banyakknya seruan Allah untuk kita semua
Amal Maaruf dan Nahi Mungkar, letakkan di hati, ingatkan di jiwa. Aku Akan Berubah ! Aku Mahu Berubah ! Aku ingin Merubah ! Aku Telah Berubah !
Bila berpuasa itulah permulaan untuk kita melatih diri kepada kearah yang lebih baik, dan di harap ianya kekal hingga ke akhir hayat kita
jangan lepas puasa, kita buat dosa semula. tak mau tak mau tak mau.
cuba berubah perkara yang simple-simple dulu, jangan tinggal solat 5 waktu. mari menutup aurat, dan mulakan bertaubat. pintu taubat sentiasa terbuka, masuklah selagi bernyawa, ketuk jangan tak ketuk.
orang yang solat, Allah akan mereka ingat, iman pasti tersemat, jiwa masti melekat, dosa boleh mengelat
orang yang menutup aurat, Allah menjaga malu mereka, mendapat berkat, mendapat rahmat
Puasa Diet Terhebat , Sihat Lagi Berkat, Bulan Menambah Topup Pahala !

Salam Cinta Kasih Dan Sayang. Cerpen Pendek Aisya Ibrahim

No comments:

Post a Comment