Tuesday, October 16, 2012

ARTIKEL 1


The BVENGERS - Kisah Adiwira Rahsia

Mereka low-profile, mereka kurang menonjolkan diri. Tetapi, mereka sebenarnya hebat, kental, cekal malah berkuasa luar biasa. The Bvengers mungkin asing di bibir penghuni Lendupolitan, tetapi kisah mereka pasti tidak pernah dijangka, malah ianya dirahsia. Fenomena The Bvengers mula tercetus dalam diam setelah kemunculan sebuah unit khas menjaga keharmonian Lendupolitan – DMCB. 

Mereka hanyalah manusia biasa di saat awal menjejakkan kaki di Akademi DMC namun dikurnia kuasa satu demi satu sepanjang tempoh pengajian. The Bvengers dikepalai Madam Marvel iaitu Mya Zulkifli dan dibantu oleh dua orang kanannya iaitu DareDevilia ( Syazwin ) dan WonderBee (Anyss Fareeza)

Ahli-ahli Bvengers pula terdiri daripada ramai adiwira hebat. Antaranya, tiga bersaudara iaitu Buluverine (Azim), KaptenKrai (Nik Hafiz) dan SteelMan (Ket Kido). Legasi kuasa bertambah dengan kehadiran Nasrun (Shimming-Thor), Farrah Ain (Tigress), Bibianah Majus (Fauna-Whisperer) dan Juanna (Petite-Phoenix) yang menggelar diri mereka Borneo Spies. Mereka berempat terbang dari Sabah dan Sarawak untuk menuntut di Akademi DMC. 

Tiara pernah diserang segerombolan kucing ketika menyiang ikan di Hostel, lalu termutasi menjadi CatGirl iaitu anak didik kepada BatLady ( Aisyah ) yang berganding bahu kala malam menjelma. Dalam pada itu, siapa tidak tahu keakraban Sharpeyes (Ameera), Poison-Cloud (Awanis), Emocyclops (Emirr) dan The Adorable Hulk (Syabil) yang sentiasa bersama menentang perlakuan sumbang di Lendupolitan.

Seterusnya, beliau adalah gadis biasa pada mulanya. Namun setelah beliau berkahwin dengan The Adorable Hulk, Munirah disihir menjadi She-Hulk. Namun, sumpahan itu akhirnya bertukar anugerah apabila dikurnia seorang bayi lelaki comel juga mewarisi genetik makhluk hijau perkasa iaitu Baby Hulk (Batu). Tidak terkecuali, dua sahabat yang sentiasa baik prestasinya iaitu BeautyBeast (Syazwani) dan RainbowGirl ( Lieza ) kerana gandingan yang mantap.

Haziera pula sebenarnya Agent Ziera Jane yang menyamar sebagai guru untuk menyiasat perihal Spyder (Zulfadli). Tiada siapa menduga Farhanah rupa-rupanya White Widow yang lebih aktif bergerak sendiri. Tanpa disedari, beliau selalu diekori AquaBoy (Azlan Shah) dan Arrow Arjuna (Amer Fazli) yang bimbang akan keselamatannya.

Walaupun mempunyai kelebihan luar biasa, mereka sedar akan tanggungjawab dan senantiasa bersedia menempuh apa jua rintangan bakal melanda Lendupolitan serta kehidupan mendatang. Persahabatan, kesatuan dan keakraban adiwira dalam unit DMCB ini kekal sehingga ke detik ini dan diharap tetap utuh untuk selamanya seperti motto mereka - United We Stand, Divided We Fall.

Inspirasi : The Avenger, Marvel dan Warner Bros
Idea Asal : Aisya Ibrahim ( the editor )
2nd Editor :Raja Hurayrah Emirruddine
P/S : My Classmates

THE BVENGERS

Enjoy the Read !

No comments:

Post a Comment