Sunday, January 13, 2013

Surat Cinta Terakhir


Suatu Hari Di Sudut Jendela
Aku Merenung Mentari Pagi
Ia Muncul Di Ufuk Timur Seperti Biasanya
Kehangatannya Menyenangkan Hati

Sang bunga dan dedaun di dahan
hidup kerana adanya cahaya
tanpanya kita akan mati dalam kegelapan
kerana panca membataskan indera

Tuhan

Gembira bertemumu nanti bukan kepalang
Sedih meninggalkan mereka itu yang ku kenang
Masa sudah semakin suntuk
Dan belum tentu masih ada esok

Membayangkan kepergian ini sudah cukup sedih
Inikan pula bila ia sememangnya realiti
Realiti bahawa kita tak mampu menongkat bumi
Ada masa kita akan jatuh

Jangan di buang masa begitu sia sia
Sebaliknya hargai dengan sebaiknya
Mimpi perlu berusaha mengejar impian
Takkan di biarkan karam di lautan

Sejak kebelakangan ini
Aku banyak menyendiri
Aku banyak berkata dalam hati
Fikiran aku memikirkan itu ini

Hujan renyai renyai di luar jendela
Seketika hangat datangnya 7warna
Rupa-rupanya ada yang menyapa
Mengesat linangan air mata

Sekeping gambar sejuta kata
Mungkin kita akan mati
Tetapi kita sebenarnya tak kemana mana
Kita kekal dalam bingkai

Begitu jugalah rasa cinta
Takkan mati kerana manusia
Kerana Allah kekal ada
Dia matikan kita bukan matikan cinta

Cinta akan sentiasa kekal dalam hati
Kenangan akan tetap terabadi
Walau sudah pergi ianya tetap terindah
Lebih indah dari madah

Aku tersenyum dan tertawa
Masih banyak sisa
Sisa berupa impian
Coretan perjalanan

Terima kasih semua
Maafkan aku semua
Aku akan pergi
Jangan menanti
Setahun di sini
Seribu tahun di sana

Surat ini mungkin yang terakhir
Ku panggil surat cinta
Kerana ada rasa kasih di dalamnya

by AI

No comments:

Post a Comment