Monday, February 11, 2013

antara indera dan kebenaran


takkan ku panggil monologue
andai dalaman tidak bersuara
mata cuma memandang
telinga cuma mendengar
yang merasa eloknya cuma hati
jika kau tenang
maka tenanglah kata katamu

terkadang indera mata kabur
dek akal yang penuh pancaroba
ada telinga tapi masih pekak
kerana tidak jelas apa yang di nampak
sedar sebenarnya hati adalah raja
boleh melihat, mendengar dan merasa

lidah yang benar adalah apabila yang di rasa itu benar
jika ku makan gula, maka ku rasa manis
jika ku telan ubat, maka ku rasa pahit
lain cerita dengan telinga
yang halwanya cuma khabar angin
sedang perkhabaran itu cuma propaganda dunia

by AI

No comments:

Post a Comment