Friday, July 19, 2013

Fasa Ramadhan

Setahun dah berlalu
Kini datang lagi
Penuh sinar harapan
Buat yang sentiasa berdoa

Ramai orang puasa dahaga dan lapar
Tapi lupa puasa lidah, mata dan hati
Latihlah diri menjaga mulut
Binasanya santan kerana pulut

Pandanglah yang elok
Bukan pandangan mata tetapi pandangan hati juga
Benar dari mata turun ke hati
Jangan pula sekaligus iman yang turun
Nanti amal jadi sia-sia

Hati yang bersih
Membuahkan jiwa yang waras
Perilaku berupa adab 
Itulah ketertinggian

Bulan menuai pahala
Melebur dosa
Untuk sekalian umat manusia
Moga dalam rahmat yang esa

Salam Ramadhan 1434/2013

by , AI

No comments:

Post a Comment