Sunday, January 12, 2014

janji mati

aku risau
aku cuak
kalau suatu hari nanti
kau kata jemu
tak lalu
sehingga tak mahu
melihat aku
yang sudah berkedut
keronyok
bagai kertas
buruk
bagai meja tak beralas
nyanyuk
bagai orang gila yang sukar mengerti apa-apa
kerna dahulu
kau pernah berkata
kau cinta aku sehingga hujung nyawa
dan aku pula
perempuan biasa
yang pegang pada janji manusia
manusia bernama lelaki

@aechaibrahim

2 comments: